Sunday, 5 February 2012

Sabar Itu Indah

aku lihat ada
kebencian di mata kamu
kemarahan di hati kamu
tapi
mungkinkah sebenarnya
pandanganmu
terlalu kosong untuk aku tafsirkan
terlalu jauh untuk aku gapai

aku cuba memahami
benar, aku Hawa bukan yang terbaik untuk Adam seperti kamu
tapi aku berusaha untuk kamu

Kasih,
jika aku bukan pilihan mu
mampukah kamu berterus terang?
jangan biarkan aku terus melayang
tenggelam dalam lautan yang tak tenang

kau perlu waktu
kau mahu ruang
seluas mana yang kau mahu?yg kau perlu?
aku mahu tunggu tapi aku insan yang buntu
yang lemah dalam membuat keputusan hidupku

aku katakan sabar itu indah
Ya Allah, aku berdoa pada Mu agar berikan aku kekuatan untuk terus bersabar
aku masih hamba Mu yang lemah dalam menghadapi dugaan Mu

Ya Allah,
Kau lebih Maha Mengetahui apa yang tbaik untuk ku
dan hati ku ini mengaharapkn agar Kau pulangkan kasih ku

Jika bukan dia yang Kau takdirkan untuk ku
aku mohon agar kau tenangkan hati ku
jauh kn dia dari jiwa ku
aku mohon.....

LFC



ya.. mungkin dia sudah lupakan segalanya tp aku masih di situ
bukan aku mahu menjadi wanita yg menagih simpati
(tp mungkin juga dlm pandangan mata individu di sekelilingku)
bukan aku mahu menjadi wanita yg lemah hati

gerai makan di penjuru jalan
penuh lampu dan cerah itu 
membuat kan aku rasa kehadirannya
merasakan aku separuh daripada dia
meja itu tempat kami melihat dunia dengan pandangan kami sendiri
ya..mungkin juga kata-kata yang tidak masuk akal tentang sesiapa, tentang apa-apa
pesanan kami tetap sama setiap kali
turut membuatkan aku teringat tentang dia
baju merah pengubat rindu turut menjadi teman ku
manusia lain tetap sama cuma tiada dia
kerana aku tahu dia tak mungkin ada di sisi ku

my ever long lust of football end back few week. I shouldn't shed tears upon a match but i did.
being there, alone make me wonder a lot about him.