aku lihat ada
kebencian di mata kamu
kemarahan di hati kamu
tapi
mungkinkah sebenarnya
pandanganmu
terlalu kosong untuk aku tafsirkan
terlalu jauh untuk aku gapai
aku cuba memahami
benar, aku Hawa bukan yang terbaik untuk Adam seperti kamu
tapi aku berusaha untuk kamu
Kasih,
jika aku bukan pilihan mu
mampukah kamu berterus terang?
jangan biarkan aku terus melayang
tenggelam dalam lautan yang tak tenang
kau perlu waktu
kau mahu ruang
seluas mana yang kau mahu?yg kau perlu?
aku mahu tunggu tapi aku insan yang buntu
yang lemah dalam membuat keputusan hidupku
aku katakan sabar itu indah
Ya Allah, aku berdoa pada Mu agar berikan aku kekuatan untuk terus bersabar
aku masih hamba Mu yang lemah dalam menghadapi dugaan Mu
Ya Allah,
Kau lebih Maha Mengetahui apa yang tbaik untuk ku
dan hati ku ini mengaharapkn agar Kau pulangkan kasih ku
Jika bukan dia yang Kau takdirkan untuk ku
aku mohon agar kau tenangkan hati ku
jauh kn dia dari jiwa ku
aku mohon.....
No comments:
Post a Comment