Monday, 27 August 2012

warna kelabu di mata ku...pernahkah kamu sedari kewujudannya?

en.Rumah,

jika aku bisa tahu waktu yang tepat utk kembali kepada kamu, aku yakin sepenuh hati aku yang aku akan tunggu kamu.

tapi aku punya hati yang ingin rasa cinta anugerah Ilahi
hati aku rindu perhatian
hati aku tamak.

kekosongan yang kamu tinggalkan sentiasa buat aku berduka dengan kegagalan aku utk menjadi yang terbaik utk kamu
kehilangan kamu dari lintasan episod hidup, menyatakan bencana walaupun cuma utk aku terus bernyawa

kamu bukan hanya seorang manusia yang singgah kala hujan tapi kamu adalah hidup aku
kehidupan yang tinggalkan aku terumbang ambing

sesungguhnya aku sedang mengumpul kekuatan utk membuka hati aku utk insan lain
kesedaran bahawa aku tak mungkin kecapi bahagia seperti kamu, aku tetap langkah kaki ku utk ke depan
kesakitan ini bukan hanya utk hati ku tapi utk insan selepas kamu lihat dan masih mampu terima kekhilafan aku
pinta aku cuma dia mampu lihat warna kelabu di mata ku

selama aku hilang sinar kamu, aku cuma sedar satu perkara
aku tidak pernah ragu tentang satu perkara

hati ini benar benar milik kamu

_aku perlukan kekuatan utk senyum bila aku terdengar nama kamu di panggil nanti_

No comments:

Post a Comment