Akhirnya Pelindung mati.
Meninggalkan Kehidupan mencari erti perjalanananya sendiri. Membiarkan Kehidupan terkapai-kapai. Membawa seribu satu pertanyaan untuk Kehidupan. Kehidupan tercari-cari arah dalam terang. Kehidupan tergapai-gapai walaupun celik. Mungkin Kehidupan tidak akan dapat memahami apa yang Pelindung cuba lakukan. Ya, Pelindung amat bermakna untuk Kehidupan. Kehidupan tidak akan lupa. Kehidupan juga tidak akan memaafkan. Kehidupan bukan kejam. Tapi lebih mudah begitu.
Matahari datang
Matahari keringkan tanah yang basah dek hujan yang tak henti-henti turun
Matahari hangatkan sekujur tubuh yang terlalu lama dibiarkan dalam kesejukan
Tapi Kehidupan marah pada Matahari sebab buat Kehidupan sedih, marah dan benci pada Pelindung.
Hati dan jiawa Kehidupan, Pelindung yang pegang dan jaga. Tapi sekarang apa yang Kehidupan nak buat dengan cebisan hati ni?
Kehidupan kini tak punya lagi hati. Kehidupan mahu Pelindung tahu yang Kehidupan punya hati untuk Pelindung sahaja.
Kehidupan sengaja membiarkan Pelindung menolak. Sebab Kehidupan tahu, mana akhirnye walaupun dia kutip cebis-cebis hatinya, cantumkan kembali, Kehidupan tetap akan lalui hari-harinya sendiri.
Tahniah kepada Kehidupan kerana tetap tabah
Tahniah kepada Pelindung kerana akhirnya kamu musnahkan erti kepercayaan
ke mana arah kini?
jangan takut lalui lorong gelap itu. mungkin di situ la tempat kamu akan jumpa cahaya
No comments:
Post a Comment